Friday, January 23, 2009

BILA KAH PERGADUHAN KAUM AKAN TERJADI????

Ini satu ketakutan yang sentiasa tertanam di sanubari setiap kaum di Malaysia, untuk menambah rasa gerun itu, di gambar-gambarkan pula kejadian pergaduhan kaum 13 Mei 1969….

Saudara saudari sekelian, mengapa kita saling curiga mencurigai antara sesama kaum?
Mengapa kaum China seperti tidak selesa dengan kaum Melayu dan mengapa Kaum Melayu pula seperti ada rasa tidak puas hati terhadap kaum China dan mengapa Kaum India pula berasa seperti dipinggirkan…..

Ingin tahu mengapa?
Ini semua adalah hasil kerja dan perjuangan orang-orang politik. Mereka lah bertanggung jawab membuatkan SEMUA kaum berasa resah dan gelisah.
Tidak kira parti apa pun, baik pembangkang mahu pun parti pemerintah semuanya memainkan isu perkauman. Ahli politik Melayu memomokkan minda orang Melayu konon ketuanan Melayu kini kian terhakis. Ahli politik China pula mencucuk sanubari orang China supaya jangan rasa selesa kerana orang Melayu sentiasa anti mereka, ahli politik India pula menghangatkan semangat orang India supaya menuntut berbagai kemudahan konon bangsa lain tidak mempedulikan mereka.

Saudara saudari sekelian,

Sebenarnya china baik india baik melayu, tidak mahu bergaduh, tidak ada perkauman tidak ada pilihan warna dalam kehidupan seharian mereka. Pergilah tengok bagaimana orang-orang Malaysia hidup….

Dalam keseronokan bangsa Malaysia hidup aman damai inilah muncul ahli politik dengan laungan perkauman, kerana apa? Kerana kalau rakyat aman damai bersatu mereka tidak ada platform perjuangan, mereka tidak ada produk untuk dijaja kepada kaum masing masing.


Cuba fikir baik baik, di zaman manusia berfikir secara intelek ini, mahukah kita bergaduh dengan bangsa lain sehingga negara porak poranda?
Kita semua cintakan keamanan, cintakan kedamaian, si celaka orang politiklah yang meniup angin perkauman.
AWAS! Jangan tertipu dengan laungan perkauman orang politik
Mereka kata ketuanan kaum masing masing sudah kian terhakis dan hilang… pada sebenarnya kuasa dan kedudukan mereka itu yang terhakis dan kian hilang.
Duit dalam bank mereka semakin nipis, projek sudah tidak ada banyak lagi untuk disakau lalu mereka rasa mereka perlu jadi hero. Tiup api perkauman satu jalan singkat untuk orang politik (baik parti pemerintah atau pembangkang) untuk menjadi HERO palsu.

Apabila sudah dilabel sebagai Hero, maka mereka dengan mudah mendapat kedudukan, setelah menyandang kedudukan, mereka akan menganga mulut seluas-luasnya untuk telan projek dan segala macam peluang yang sedia ada….
Oleh itu, marilah kita semua bersatu dan berwaspada dengan laungan perkauman yang konon berjuang membela bangsa…. Padahal membela geng geng mereka kemudian hari nanti….

buku terbaru aku untuk bulan Januari 2009

buku MEMBONGKAR RAHSIA KAABAH ini buku terbaru aku dalam bulan Januari 2009 ia mengandungi berbagai maklumat tentang kaabah yang aku rasa jarang sekali ditulis oleh penulis lain, aku rasa maklumatnya memang seharusnya diketahui oleh umat Islam.Harganya hanya RM3.50, sesiapa yang ingin memesan boleh email kepada aku: cerpenis@hotmail.com atau hantar pesanan kepada aku di alamat PETI SURAT 180, PEJABAT POS GOMBAK, 53700, Kuala Lumpur, harga termasuk belanja pos

Thursday, January 22, 2009

JANGAN CEMARKAN KEDAULATAN UMNO

Oleh kerana ramai pemain politik yang bangsat dan paria, kini nama UMNO tercemar,
kesian dengan UMNO yang ditubuhkan dari air mata datok nenek kita terpaksa menanggung malu dengan perangai pemimpin UMNO yang tak layak berada dalam UMNO.
Jika UMNO mahu bernyawa lagi, kini masanya orang Melayu menghalau semua ahli UMNO yang tak berguna supaya keluar dari UMNO, biar UMNO berkurangan ahli tidak mengapa daripada diisi dengan ahli yang hanya ingin mencari kekayaan dan mengisi tembolok mereka.
Sudah terbukti perangai kebanyakan ahli UMNO begitu, bila ada peluang untuk gerai, peluang untuk pinjaman perniagaan, peluang untuk kursus, peluang untuk apa saja... pemimpin akan sakau dan ketepikan untuk member member dia sahaja, apabila buat lawatan ke sana ke mari semuanya penyokong dia sahaja .... jika ada ahli umno yang agak celupar dan berani menegur, ahli itu akan diketepikan, akan dipancung, akan dicari jalan untuk ditolak keluar....

ini bukan perangai UMNO ini adalah perangai ahli ahli UMNO yang memang biul dan gila kuasa!

halau ahli ahli dan pemimpin umno jenis ini keluar dari UMNO dengan segera
DENGAN SEGERA!!! jika mahu UMNO menjadi pentadbir negara pada masa akan datang

UMNO masih diterima masih indah, masih memperjuangkan nasib bangsa, jangan hina UMNO jangan bunuh jangan tikam UMNO dari belakang
sebaliknya bunuh dan tikam lah pemimpin dan ahli UMNO yang tak guna itu...

AKU PENULIS YANG MENULIS SEMUA KATEGORI

Aku menulis apa saja yang aku rasa aku nak tulis, aku tak peduli apa orang lain kata asalkan syarikat aku sentiasa ada produk untuk diterbitkan.
dalam satu bulan, paling tidak pun satu tajuk aku akan terbitkan di pasaran